Tuesday, February 2, 2016

Selamat tinggal

Tidak akan kusebut
Ia umpama
satu kesedihan
Tiada berpenghujung
Derita
Berpanjangan
dan Dendam
 Tiada kesudahan

Lantaran itu
Setelah aku pergi
Tidak aku toleh
Tidak akan berkesan
Untuk ku jejaki semula

Kerana
nekadku
semuanya
selamanya
segalanya

Tiada lagi ada apa apa.


hayat 03022016















RinDu

Aku telah pergi
Mencari sisi yg nyata
Mungkin Dari seawalnya
Ianya sebuah keterpaksaan

Lantas seerat
Ku  genggam masa
Sejerat rela
Sepasrah rasa
Bergabung satu

Selangkah Ku mengharap
Seolah mencari diri
Dan kini tiap tapak berderap
Aku tahu halaku
Aku tahu dimana rumahku
Dan kutangisi
Ruang kosong
Dalam setiap ufuk hati

Begitu masa berlalu
Dalam sedarku
Lalai pada penciptaku
Dan Lena Dalam ayunan dunia
Doa bertahun ini
Membangkit jiwa


.hayat 03022016.