Saban tahun bila musim Haji bermula, kalimah
لبيك اللهم لبيك
bermain disetiap rongga fikiran tapi tidak pernah sekali saya menyahutnya, tapi buat pertama kali dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
dengan لا حول ولاقوة إلا بالله
saya berniat bahawa inilah tahunnya saya akan memulakan perjalanan mengikuti jejak Rasulullah untuk mendapatkan pahala dan kesempurnaan rukun islam yang kelima.
Dan semenjak itu ALLAH telah mencipta dalam diri saya satu naluri yang terlalu mendesak untuk menunaikan Haji. Bahkan sehingga kehari ini saya memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat.
Kita selalu andaikan Haji sebagai satu ibadah yang akan tiba bila masanya sejajar usia ..lantaran itu saya tidak pernah sekali-kali merancang atau menyusun apa-apa agenda untuk ketanah suci. Disinilah terletak antara kejahilan saya..